Thursday 31 December 2015

Pendaftaran Tahun 1 dan Pra sekolah serta Taklimat Waris

Monday 28 December 2015

Budaya Buka Sekolah 2016

28 Disember 2015 Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Kurikulum
29 Disember 2015 Mesyuarat HEM dan Kokurikulum
30 Disember 2015 LDP
31 Disember 2015 Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah
02 Januari 2016 Gotong-royong Bersama Waris Penyayang

Tuesday 24 November 2015

Hadiah Lawatan Pelajar Cemerlang UPSR 2015

ke Kuala Lumpur pada 23 dan 24 November 2015

Thursday 19 November 2015

Cuti Akhir Tahun 2015

20 November 2015 (Jumaat) hingga 2 Januari 2016 (Sabtu)
Sekolah akan dibuka semula pada 3 Januari 2016 (Ahad)

Budaya Tutup Sekolah

Gotong-royong
Kutipan dan agihan buku teks

Tuesday 17 November 2015

Analisis UPSR 2015

Keputusan UPSR 2015

Kepusan UPSR 2015 telah diumumkan oleh Guru Besar pada 17 November 2015 (Selasa) jam 10.00 pagi. Keputusan adalah seperti berikut
Lulus : 61.0%
GPS: 2.42
5A: 2 orang
4A 1B: 3 orang
Tahniah.

Majlis Anugerah Cemerlang 2015

Majlis Anugerah Cemerlang Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum 2015 telah diadakan pada 17 November 2015 (Selasa) bermula jam 2.30 petang. Majlis disempurnakan oleh Encik Azizan bin Omar,Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat Jitra, mewakili Pengurus Bank Rakyat Jitra.


Monday 26 October 2015

Latihan Pertandingan MKJR/Shell Negeri Kedah

Latihan di PPD Pdg Terap




Friday 23 October 2015

Tutorial VLE Frog 1 Bestari Net

1. TUTORIAL CARA UNTUK LOGIN FROG VLE 1 BESTARI NET


Log in Frog VLE: https://kba4029.1bestarinet.net/app/os


2. TUTORIAL FROG VLE  (GURU) - BAGAIMANA  MENGEDIT DASHBOARD



3. TUTORIAL FROG VLE  (GURU) - BAGAIMANA  MENGHASILKAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


4. TUTORIAL FROG VLE (GURU) - BAGAIMANA MEMBINA LAMAN MATA PELAJARAN






5. TUTORIAL FROG VLE (GURU) - BAGAIMANA MENGHANTAR SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEBAGAI TUGASAN

 6. TUTORIAL CARA MENDAPATKAN  BUKU TEKS DIGITAL DALAM VLE

Thursday 22 October 2015

Jerebu: Sekolah Diarah Tutup pada 22 Oktober 2015

Jerebu: Sekolah diarah tutup pada 22/10/2015 (Khamis)





Wednesday 21 October 2015

Pengemaskinian Data HRMIS 2.0

Taklimat & Pengemasikinian Data HRMIS 2,0


Pegawai Yang Dinilai (PYD) perlu mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada 22 Oktober 2015 hingga 7 November 2015 secara atas talian di URL https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

Taklimat 1 diadakan pada 21 Oktober 2015 (Rabu) jam 2.00 hingga 4,00 petang.
Taklimat 2 diadakan pada 28 Oktober 2015 (Rabu) jam 2.00 hingga 4,00 petang.

Semua guru dan staf diwajibkan hadir.


Tarikh pengemaskinian data/SKT PYD antara 22 Oktober 2015 hingga 07 November 2015.

T E R I M A   K A S I H    A T A S    K E R J A S A M A    A N D A


Sunday 18 October 2015

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Oktober 2015 (Ahad). Program anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Kebangsaan di kalangan anak-anak SK Malau. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan ini.


Friday 16 October 2015

Aktiviti September hingga November 2015

SEPTEMBER 2015
  • Konsultasi LINUS oleh IAB Induk KPM 14/09/2015 - GB, PK1 & semua guru LINUS
  • Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 15/09/2015 - PKKK, Puan Zuriah
  • Ujian saringan 2 LINUS 2.0 - Tuan Hj. Bakri & JK LINUS 2.0
  • Pembangunan Sukan Bola Jaring & Bola Sepak Bersama MSN 17.09.2015 (Khamis) - PKKK & Puan Sarina
  • Kem Cemerlang Jawi - Ustazah Solehah & JQAF
  • Kem Bestari Solat - Ustaz Fadzil & JQAF
  • Ujian Aptitut Tahun 3 - PK1, Puan Habibah dan Guru-guru Tahun3
OKTOBER 2015
  • Pertandingan Pidato Piala DiRaja Peringkat Kebangsaan 05-08/10/2015 - Hafiz & Encik Razak
  • Persekolahan Ganti & Hari Sukan Negara 10/10/2015 (Sabtu) - PKKK & Puan Sarina
  • Majlis Send Off Kakak Ira PPM Prasekolah ke SK Jabi 11/10/2015 (Ahad) - PKKK
  • Kem Aqil Baligh 11-13/10/2015 - PK1 & Puan Siti Nailah 
  • Sambutan Hari Kanak-kanak 15/10/2015 (Khamis) - PKKK, PKHEM, Puan Norina
  • Perkhemahan Unit Uniform T456 15-16/10/2015 - PKKK, Puan Nani, Encik Ismail Ibrahim
  • Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 18/10/2015 (Ahad) - PK1, Puan Rashihah & Puan Farahana
  • Penyampaian KWAPM - PKHEM & Puan Nabishah
  • Teknik menjawab BM dan BI format UPSR 2016 murid T45 - PK1, Puan Sarina & Cik Ku Zuliana
  • Teknik menjawab SN dan MT format UPSR 2016 murid T45 - PK1, Encik Ahmad Jasdi & Encik Ali
  • Ceramah Kerjaya - PKHEM, Puan Habibah
  • Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 ke Pulau Pinang 22/10/2015 - Puan Sarina
  • Pertandingan MKJR/Shell 29/10/2015 (Khamis) di PPD Padang Terap - PKKK, Encik Zulkifli Don, Puan Norina dan 17 orang murid Tahun 6
NOVEMBER 2015
  • Graduasi Prasekolah 03/11/2015 - Puan Zuriah
  • Sambutan Maal Hijrah 04/11/2015 (Rabu) - PKKK, Puan Siti Nailah & Panitia P.Islam
  • Bubur asyura PIBG 04/11/2015 (Rabu)  - PKHEM, Puan Haniza & PIBG
  • Peperiksaan akhir tahun 27-28/10/2015 & 2-3/11/2015 - PK1, Puan Rosalina & Puan Sarina
  • Majlis Graduasi Tahun 6 09/11/2015 (Isnin) - PK1, En. Ali, Cik Ku Zuliana & Puan Masnira
  • Majlis Anugerah Cemerlang 2015 17/11/2015 (Selasa) - PKKK & Puan Zuriah
  • Jamuan T6 - Ali, Ku Zuliana Masnira
  • Pemulangan dan Agihan Buku Teks (SPBT) 2016 08/11/2015 (Ahad) - PKHEM, Puan Harlina Hawa & guru kelas 2015 
  • Gotong-royong Budaya Tutup Sekolah - PKHEM
  • Keputusan UPSR 19/11/2015 GB, PK1, Puan Sarina
  • Kelas Tambahan Tahun 6 2016 - PK1, Encik Ali, Semua Guru T6
DISEMBER 2015

  • Kelas Tambahan Tahun 6 2016 - PK1, Cik Ku Zuliana, Semua Guru T6
  • Teknik Menjawab UPSR Tahun 6 2015 - PK1, Puan Sarina & Encik Ali.

Perkhemahan Unit Beruniform 2015

Perkhemahan Unit Beruniform 2015 telah diadakan pada 15 dan 16 Okt. 2015 di dewan dan padang sekolah.

Thursday 15 October 2015

Berita Kedah eTutor


PORTAL KEDAH eTUTOR - RM18 JUTA DILABUR BANGUNKAN FASILITI


15 Oktober 2015
18 juta ringgit dilabur, bagi membangunkan fasiliti portal pembelajaran tuisyen secara atas talian atau Portal Kedah e-Tutor (KeT). 


KEDAH eTUTOR BAKAL DIPERLUAS  DI SELURUH KEDAH

15 September 2015
Aplikasi Kedah e-Tutor yang diperkenalkan Kerajaan Negeri, kini digunapakai kira-kira 75 peratus sekolah di negeri itu. 

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah telah disambut pada 15/10/2015 (Khamis) dalam suasana sederhana tetapi meriah. Sambutan Hari Kanak-kanak tahun ini disambut pada tarikh 1 Oktober 2015 dengan tema "Sayang Kamu".

Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fadzil, ucapan perasmian oleh Guru Besar, diikuti dengan gimik pelancaran dan persembahan murid. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara makan aiskerim dan gula-gula percuma oleh pihak sekolah. Semoga anak-anak SK Malau akan membesar sebagai generasi yang menguasai 4 aspek JERI sebagaimana hasrat Falsafah Pendidikan Negara.



S A Y A N G     K A M U

Tuesday 13 October 2015

Awal Muharram 1437H


Selamat menyambut tahun baru 1437 Hijrah  
bersamaan 14 Oktober 2015 (Khamis)


Sunday 11 October 2015

Pertandingan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan 2015


Tahniah dan syabas kepada Muhammad Hafiz bin Iskandar yang mewakili negeri Kedah ke Pertandingan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan 2015 Kali Ke-31 yang diadakan pada 5 hingga 8 Oktober 2015 di Hotel Empress Sepang dan Pertandingan Akhir di Institut Bahasa Kuala Lumpur.

Hafiz telah berjaya mendapat tempat ke-4 daripada seramai 16 orang peserta. Walaupun tidak meraih johan, warga SK Malau tetap bangga dengan Hafiz kerana berjaya pergi ke peringkat kebangsaan. Tahniah Hafiz. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu Hafiz Puan Intan Shafira dan Cikgu Abd Razak Bosri, guru pengiring yang telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga untuk melatih dan memberi sokongan kepada Hafiz.


Hafiz berpidato di peringkat saringan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan
di Hotel Empress Sepang

Hafiz di pentas Pertandingan Pidato Piala Peringkat Akhir
di Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Pak Non NYDP PIBG menyampaikan sumbangan PIBG dan mengucapkan selamat berjaya kepada Hafiz


T A H N I A H     H A F I Z

Saturday 10 October 2015

Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Sekolah telah diadakan serentak pada hari 10/10/2015. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan pelancaran oleh Encik Makhtar bin Che Ismail, PK Pentadbiran. Seterusnya, senamrobik dan larian/berjalan kaki keliling sekolah/kampung Malau.

Monday 5 October 2015

Jerebu: Sekolah Di Arah Tutup pada 5 dan 6 Oktober 2015

Sekolah diarah tutup selama dua (2) hari bermula 5 dan 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa) kerana jerebu. Bacaan IPU menunjukkan udara tidak sihat. Murid dibenarkan pulang selepas perhimpunan khas. Sekolah dibuka semula pada hari Rabu 07/10/2015.

Peperiksaan UPKK KAFA pada 5 dan 6 Oktober ditangguhkan sehingga maklumat terkini diterima.

Thursday 17 September 2015

Pembangunan Sukan Bola Jaring & Bola Sepak Bersama MSN

Pembangunan Sukan Bola Jaring & Bola Sepak Bersama MSN telah diadakan pada 17.09.2015 (Khamis). Program dibawah kelolaan PK Kokurikulum dan Setiausaha Puan Sarina Abd Rahman ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak dan bola jaring. Program juga diadakan untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah pada hari Khamis setelah bercuti pada hari Rabu 16.09.2015 Hari Malaysia diikuti dengan Cuti Pertengahan Penggal 2 bermula pada 18.09.2015 hingga 27.09.2015.

Program Pembangunan Sukan dimulakan dengan acara senamrobik oleh Instruktor Senamrobik Encik Shuhaime Che Pa, PK Kokurikulum SK Telok Jamat dan isteri Puan Najmiyah Ibrahim, SK Dato' Wan Mohd Saman. 

Program diteruskan dengan Klinik Bola Sepak di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) Kedah, Encik Fakhzan dan rakan-rakan bekas pemain bola sepak Kedah yang juga merupakan Jurulatih Profesional Kenari Kid. Terima kasih kepada MSN kerana sudi hadir menjayakan Klinik Bola Sepak ini.

Murid-murid perempuan pula menjalankan aktiviti Pertandingan Bola Jaring antara rumah di bawah pengawasan pengadil Puan Siti Nailah, Puan Sarina dan Puan Noor Faiezah. Manakala murid-murid Tahap 1 dan prasekolah menjalani aktiviti sukaneka. Hadiah ditaja oleh Encik Fakhzan.

* M A J U L AH   S U K A N   S K  M A L A U *


Tuesday 15 September 2015

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia ke-52 telah diadakan pada 15 September 2015 (Selasa). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fadzil Ahmad. Majlis diteruskan dengan pertandingan lagu patriotik antara kelas, persembahan, pertandingan pakaian beragam merdeka dan penyampaian hadiah  yang diadakan sepanjang bulan kemerdekaaan 15 Ogos hingga 16 September 2015. Majlis diakhiri dengan jamuan ubi kayu rebus. Tahniah dan terima kasih kepada jawatan kuasa dan seluruh SK Malau.







Monday 14 September 2015

Konsultansi LINUS 2.0 IAB Induk KPM

Pada 14 September 2015 (Isnin) SK Malau telah terpilih dalam program Konsultansi LINUS 2.0 oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih kepada Penyelaras dan guru-guru LINUS SK Malau yang telah bekerjasama menjayakan konsultasi LINUS 2.0 oleh Puan Nor 'Ainun binti Amir ini. Turut hadir Puan Suratni dan Puan Dzahira, Pegawai FasiLINUS PPD Kubang Pasu.


Thursday 10 September 2015

Lawatan Sambil Belajar Sempena UPSR

Lawatan Sambil Belajar ke sekitar Alor Setar telah diadakan pada Isnin 08/09/2015 dan Rabu 10/09/2015. Lawatan dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk 2 hari berkenaan. Lawatan diadakan bertujuan untuk memberi pengalaman dan pembelajaran luar bilik darjah kepada murid-murid SK Malaua.

Tempat-tempat yang dilawati adalah Pusat Sains Negara Cawangan Alor Setar, Muzium Padi dan Muzium Di Raja Negeri Kedah.

Monday 7 September 2015

UPSR 8 hingga 10 September 2015

Selamat menghadapi UPSR 2015 kepada 65 orang pelajar Tahun 6 SK Malau. Semoga Allah swt permudahkan untuk menjawab dengan tenang dan cemerlang. Ingat segala pesanan dan tunjuk ajar guru.

Terima kasih atas kesungguhan, kegigihan dan komitmen semua guru dalam mendidik dan memastikan kejayaan anak-anak dalam UPSR ini. Setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan, kerjasama dan pengorbanan para waris. Mudah-mudahan beroleh kejayaan. Aamiin..

JADUAL UPSR 2015
8-10 September 2015

Jadual Hari Pertama: 8 September 2015 (Selasa)

Jadual Hari Kedua: 9 September 2015 (Rabu)


Jadual Hari Ketiga: 10 September 2015 (Khamis)


S E L A M A T   B E R J A Y A

Monday 31 August 2015

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-58


Seluruh warga SK Malau mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-58

Sunday 30 August 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 (2015)

Tarikh: 30 .09.2015 (Ahad)
Masa: 7.45 pagi
Tempat: Perkarangan dan Dewan SK Malau



Thursday 23 July 2015

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015/1436H

Tarikh: 23 Julai 2015 (Ahad)
Masa: 11.15 pagi
Tempat: Dewan SK Malau
Add caption






Wednesday 15 July 2015

Salam Aidil Fitri 2015/1436H


CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2015/1436H
Cuti Berganti 15 Julai 2015 (Rabu)
Hari ganti pada 8 Ogos 2015 (Sabtu) Jadual hari Rabu

Cuti Peristiwa 16 Julai 2015 (Khamis)

Cuti Hari Raya Aidil Fitri 17-21 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin


Tuesday 14 July 2015

Majlis Penyampaian Kuih Raya Prasekolah 2015/1436H

Tarikh: 14 Julai 2015 (Selasa)
Masa: 09.30 pagi
Tempat: Dewan SK Malau


Majlis di Ambang Aidil Fitri 2015/1436H

Tarikh: 14 Julai 2015 (Selasa)
Masa: 12.45 tengah hari
Tempat: Dewan SK Malau





Monday 13 July 2015

Majlis penyerahan komputer PIBG

Majlis penyerahan komputer PIBG bagi kelas Tahun 6 Gemilang dan 6 Cemerlang disempurnakan oleh Encik Zainon Naib Yang Dipertua PIBG SK Malau

Sunday 28 June 2015

Majlis Penyampaian Zakat Pakaian Seragam

Majlis Penyampaian Zakat Pakaian Seragam telah diadakan pada 28 Jun 2015 bertempat di Dewan SK Malau. Seramai 60 orang pelajar menerima zakat, disampaikan oleh Guru Besar kepada waris masing-masing. Mudah-mudahan zakat ini dapat meringankan beban ibu bapa.

Monday 22 June 2015

Zoom A - Pembelajaran Interaktif Melalui Internet

http://zoom-a.com/
 

 
 

Wednesday 17 June 2015

Latihan Kebakaran Bersama Bomba dan Penyelamat Jitra

Latihan Kebakaran Bersama Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Jitra telah diadakan di SK Malau pada 17 Jun 2015 (Rabu)




Monday 1 June 2015

Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia



DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025
MBMMBI
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1 Murid 1 Sukan
Dasar Pendidikan Kebangsaan

Tuesday 28 April 2015

Kejohanan Balapan dan Padang 2015 (Kali ke-47)

Tarikh: 28 April 2015 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Padang SK Malau, Jitra

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan staf, YDP dan AJK PIBG, Pertubuhan Belia, JKK Kg Malau dan para waris yang telah bekerjasama menjayakan kejohanan ini. Syabas.


Saturday 25 April 2015

Pertandingan Kokurikulum KAFA/SPI Peringkat Daerah Kubang Pasu

Tarikh: 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan SK Dato' Syed Nahar

Tahniah kepada semua guru dan murid KAFA. Keseluruhan penyertaan berjaya meraih johan, naib johan dan tempat ketiga.


BERCERITA (Lelaki) - Johan
Ammar Nizami bin Mohd Alwi (Tahun 4)

BERCERITA  (Perempuan) - Johan
Nurisha Farina binti Iskandar (Tahun 4)

HAFAZAN (Tahap 1) - Tempat ke-3
Intan Dhia Qistina binti Mohd Pauzi

KHUTBAH - Tempat ke-3
Mohd Hazarul Amri bin Mohd Hazari

MARHABAN - Tempat ke-3
Mohd Aidil bin Abdul Manap
Mohd Akif bin Norhamisham
Mohd Nabil bin Nordin
Mohd Aiman bin Abd Rahman
Mohd Khudhri bin Azizan
Zulkifli bin Ahmad
Mohd Khairil Ashraf bin Mohd Zaini
Mohd Alif bin Ismadi
Mohd Hafiz bin Azhar
Mohd Fadlan bin Badrun