Thursday 17 September 2015

Pembangunan Sukan Bola Jaring & Bola Sepak Bersama MSN

Pembangunan Sukan Bola Jaring & Bola Sepak Bersama MSN telah diadakan pada 17.09.2015 (Khamis). Program dibawah kelolaan PK Kokurikulum dan Setiausaha Puan Sarina Abd Rahman ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak dan bola jaring. Program juga diadakan untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah pada hari Khamis setelah bercuti pada hari Rabu 16.09.2015 Hari Malaysia diikuti dengan Cuti Pertengahan Penggal 2 bermula pada 18.09.2015 hingga 27.09.2015.

Program Pembangunan Sukan dimulakan dengan acara senamrobik oleh Instruktor Senamrobik Encik Shuhaime Che Pa, PK Kokurikulum SK Telok Jamat dan isteri Puan Najmiyah Ibrahim, SK Dato' Wan Mohd Saman. 

Program diteruskan dengan Klinik Bola Sepak di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) Kedah, Encik Fakhzan dan rakan-rakan bekas pemain bola sepak Kedah yang juga merupakan Jurulatih Profesional Kenari Kid. Terima kasih kepada MSN kerana sudi hadir menjayakan Klinik Bola Sepak ini.

Murid-murid perempuan pula menjalankan aktiviti Pertandingan Bola Jaring antara rumah di bawah pengawasan pengadil Puan Siti Nailah, Puan Sarina dan Puan Noor Faiezah. Manakala murid-murid Tahap 1 dan prasekolah menjalani aktiviti sukaneka. Hadiah ditaja oleh Encik Fakhzan.

* M A J U L AH   S U K A N   S K  M A L A U *


Tuesday 15 September 2015

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia ke-52 telah diadakan pada 15 September 2015 (Selasa). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fadzil Ahmad. Majlis diteruskan dengan pertandingan lagu patriotik antara kelas, persembahan, pertandingan pakaian beragam merdeka dan penyampaian hadiah  yang diadakan sepanjang bulan kemerdekaaan 15 Ogos hingga 16 September 2015. Majlis diakhiri dengan jamuan ubi kayu rebus. Tahniah dan terima kasih kepada jawatan kuasa dan seluruh SK Malau.







Monday 14 September 2015

Konsultansi LINUS 2.0 IAB Induk KPM

Pada 14 September 2015 (Isnin) SK Malau telah terpilih dalam program Konsultansi LINUS 2.0 oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih kepada Penyelaras dan guru-guru LINUS SK Malau yang telah bekerjasama menjayakan konsultasi LINUS 2.0 oleh Puan Nor 'Ainun binti Amir ini. Turut hadir Puan Suratni dan Puan Dzahira, Pegawai FasiLINUS PPD Kubang Pasu.


Thursday 10 September 2015

Lawatan Sambil Belajar Sempena UPSR

Lawatan Sambil Belajar ke sekitar Alor Setar telah diadakan pada Isnin 08/09/2015 dan Rabu 10/09/2015. Lawatan dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk 2 hari berkenaan. Lawatan diadakan bertujuan untuk memberi pengalaman dan pembelajaran luar bilik darjah kepada murid-murid SK Malaua.

Tempat-tempat yang dilawati adalah Pusat Sains Negara Cawangan Alor Setar, Muzium Padi dan Muzium Di Raja Negeri Kedah.

Monday 7 September 2015

UPSR 8 hingga 10 September 2015

Selamat menghadapi UPSR 2015 kepada 65 orang pelajar Tahun 6 SK Malau. Semoga Allah swt permudahkan untuk menjawab dengan tenang dan cemerlang. Ingat segala pesanan dan tunjuk ajar guru.

Terima kasih atas kesungguhan, kegigihan dan komitmen semua guru dalam mendidik dan memastikan kejayaan anak-anak dalam UPSR ini. Setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan, kerjasama dan pengorbanan para waris. Mudah-mudahan beroleh kejayaan. Aamiin..

JADUAL UPSR 2015
8-10 September 2015

Jadual Hari Pertama: 8 September 2015 (Selasa)

Jadual Hari Kedua: 9 September 2015 (Rabu)


Jadual Hari Ketiga: 10 September 2015 (Khamis)


S E L A M A T   B E R J A Y A