Monday 26 October 2015

Latihan Pertandingan MKJR/Shell Negeri Kedah

Latihan di PPD Pdg Terap




Friday 23 October 2015

Tutorial VLE Frog 1 Bestari Net

1. TUTORIAL CARA UNTUK LOGIN FROG VLE 1 BESTARI NET


Log in Frog VLE: https://kba4029.1bestarinet.net/app/os


2. TUTORIAL FROG VLE  (GURU) - BAGAIMANA  MENGEDIT DASHBOARD



3. TUTORIAL FROG VLE  (GURU) - BAGAIMANA  MENGHASILKAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


4. TUTORIAL FROG VLE (GURU) - BAGAIMANA MEMBINA LAMAN MATA PELAJARAN






5. TUTORIAL FROG VLE (GURU) - BAGAIMANA MENGHANTAR SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEBAGAI TUGASAN

 6. TUTORIAL CARA MENDAPATKAN  BUKU TEKS DIGITAL DALAM VLE

Thursday 22 October 2015

Jerebu: Sekolah Diarah Tutup pada 22 Oktober 2015

Jerebu: Sekolah diarah tutup pada 22/10/2015 (Khamis)





Wednesday 21 October 2015

Pengemaskinian Data HRMIS 2.0

Taklimat & Pengemasikinian Data HRMIS 2,0


Pegawai Yang Dinilai (PYD) perlu mengisi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada 22 Oktober 2015 hingga 7 November 2015 secara atas talian di URL https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

Taklimat 1 diadakan pada 21 Oktober 2015 (Rabu) jam 2.00 hingga 4,00 petang.
Taklimat 2 diadakan pada 28 Oktober 2015 (Rabu) jam 2.00 hingga 4,00 petang.

Semua guru dan staf diwajibkan hadir.


Tarikh pengemaskinian data/SKT PYD antara 22 Oktober 2015 hingga 07 November 2015.

T E R I M A   K A S I H    A T A S    K E R J A S A M A    A N D A


Sunday 18 October 2015

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Oktober 2015 (Ahad). Program anjuran Panitia dan Persatuan Bahasa Melayu ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Kebangsaan di kalangan anak-anak SK Malau. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan ini.


Friday 16 October 2015

Aktiviti September hingga November 2015

SEPTEMBER 2015
  • Konsultasi LINUS oleh IAB Induk KPM 14/09/2015 - GB, PK1 & semua guru LINUS
  • Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 15/09/2015 - PKKK, Puan Zuriah
  • Ujian saringan 2 LINUS 2.0 - Tuan Hj. Bakri & JK LINUS 2.0
  • Pembangunan Sukan Bola Jaring & Bola Sepak Bersama MSN 17.09.2015 (Khamis) - PKKK & Puan Sarina
  • Kem Cemerlang Jawi - Ustazah Solehah & JQAF
  • Kem Bestari Solat - Ustaz Fadzil & JQAF
  • Ujian Aptitut Tahun 3 - PK1, Puan Habibah dan Guru-guru Tahun3
OKTOBER 2015
  • Pertandingan Pidato Piala DiRaja Peringkat Kebangsaan 05-08/10/2015 - Hafiz & Encik Razak
  • Persekolahan Ganti & Hari Sukan Negara 10/10/2015 (Sabtu) - PKKK & Puan Sarina
  • Majlis Send Off Kakak Ira PPM Prasekolah ke SK Jabi 11/10/2015 (Ahad) - PKKK
  • Kem Aqil Baligh 11-13/10/2015 - PK1 & Puan Siti Nailah 
  • Sambutan Hari Kanak-kanak 15/10/2015 (Khamis) - PKKK, PKHEM, Puan Norina
  • Perkhemahan Unit Uniform T456 15-16/10/2015 - PKKK, Puan Nani, Encik Ismail Ibrahim
  • Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 18/10/2015 (Ahad) - PK1, Puan Rashihah & Puan Farahana
  • Penyampaian KWAPM - PKHEM & Puan Nabishah
  • Teknik menjawab BM dan BI format UPSR 2016 murid T45 - PK1, Puan Sarina & Cik Ku Zuliana
  • Teknik menjawab SN dan MT format UPSR 2016 murid T45 - PK1, Encik Ahmad Jasdi & Encik Ali
  • Ceramah Kerjaya - PKHEM, Puan Habibah
  • Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 ke Pulau Pinang 22/10/2015 - Puan Sarina
  • Pertandingan MKJR/Shell 29/10/2015 (Khamis) di PPD Padang Terap - PKKK, Encik Zulkifli Don, Puan Norina dan 17 orang murid Tahun 6
NOVEMBER 2015
  • Graduasi Prasekolah 03/11/2015 - Puan Zuriah
  • Sambutan Maal Hijrah 04/11/2015 (Rabu) - PKKK, Puan Siti Nailah & Panitia P.Islam
  • Bubur asyura PIBG 04/11/2015 (Rabu)  - PKHEM, Puan Haniza & PIBG
  • Peperiksaan akhir tahun 27-28/10/2015 & 2-3/11/2015 - PK1, Puan Rosalina & Puan Sarina
  • Majlis Graduasi Tahun 6 09/11/2015 (Isnin) - PK1, En. Ali, Cik Ku Zuliana & Puan Masnira
  • Majlis Anugerah Cemerlang 2015 17/11/2015 (Selasa) - PKKK & Puan Zuriah
  • Jamuan T6 - Ali, Ku Zuliana Masnira
  • Pemulangan dan Agihan Buku Teks (SPBT) 2016 08/11/2015 (Ahad) - PKHEM, Puan Harlina Hawa & guru kelas 2015 
  • Gotong-royong Budaya Tutup Sekolah - PKHEM
  • Keputusan UPSR 19/11/2015 GB, PK1, Puan Sarina
  • Kelas Tambahan Tahun 6 2016 - PK1, Encik Ali, Semua Guru T6
DISEMBER 2015

  • Kelas Tambahan Tahun 6 2016 - PK1, Cik Ku Zuliana, Semua Guru T6
  • Teknik Menjawab UPSR Tahun 6 2015 - PK1, Puan Sarina & Encik Ali.

Perkhemahan Unit Beruniform 2015

Perkhemahan Unit Beruniform 2015 telah diadakan pada 15 dan 16 Okt. 2015 di dewan dan padang sekolah.

Thursday 15 October 2015

Berita Kedah eTutor


PORTAL KEDAH eTUTOR - RM18 JUTA DILABUR BANGUNKAN FASILITI


15 Oktober 2015
18 juta ringgit dilabur, bagi membangunkan fasiliti portal pembelajaran tuisyen secara atas talian atau Portal Kedah e-Tutor (KeT). 


KEDAH eTUTOR BAKAL DIPERLUAS  DI SELURUH KEDAH

15 September 2015
Aplikasi Kedah e-Tutor yang diperkenalkan Kerajaan Negeri, kini digunapakai kira-kira 75 peratus sekolah di negeri itu. 

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah telah disambut pada 15/10/2015 (Khamis) dalam suasana sederhana tetapi meriah. Sambutan Hari Kanak-kanak tahun ini disambut pada tarikh 1 Oktober 2015 dengan tema "Sayang Kamu".

Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fadzil, ucapan perasmian oleh Guru Besar, diikuti dengan gimik pelancaran dan persembahan murid. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara makan aiskerim dan gula-gula percuma oleh pihak sekolah. Semoga anak-anak SK Malau akan membesar sebagai generasi yang menguasai 4 aspek JERI sebagaimana hasrat Falsafah Pendidikan Negara.



S A Y A N G     K A M U

Tuesday 13 October 2015

Awal Muharram 1437H


Selamat menyambut tahun baru 1437 Hijrah  
bersamaan 14 Oktober 2015 (Khamis)


Sunday 11 October 2015

Pertandingan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan 2015


Tahniah dan syabas kepada Muhammad Hafiz bin Iskandar yang mewakili negeri Kedah ke Pertandingan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan 2015 Kali Ke-31 yang diadakan pada 5 hingga 8 Oktober 2015 di Hotel Empress Sepang dan Pertandingan Akhir di Institut Bahasa Kuala Lumpur.

Hafiz telah berjaya mendapat tempat ke-4 daripada seramai 16 orang peserta. Walaupun tidak meraih johan, warga SK Malau tetap bangga dengan Hafiz kerana berjaya pergi ke peringkat kebangsaan. Tahniah Hafiz. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu Hafiz Puan Intan Shafira dan Cikgu Abd Razak Bosri, guru pengiring yang telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga untuk melatih dan memberi sokongan kepada Hafiz.


Hafiz berpidato di peringkat saringan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan
di Hotel Empress Sepang

Hafiz di pentas Pertandingan Pidato Piala Peringkat Akhir
di Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Pak Non NYDP PIBG menyampaikan sumbangan PIBG dan mengucapkan selamat berjaya kepada Hafiz


T A H N I A H     H A F I Z

Saturday 10 October 2015

Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Sekolah telah diadakan serentak pada hari 10/10/2015. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan pelancaran oleh Encik Makhtar bin Che Ismail, PK Pentadbiran. Seterusnya, senamrobik dan larian/berjalan kaki keliling sekolah/kampung Malau.

Monday 5 October 2015

Jerebu: Sekolah Di Arah Tutup pada 5 dan 6 Oktober 2015

Sekolah diarah tutup selama dua (2) hari bermula 5 dan 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa) kerana jerebu. Bacaan IPU menunjukkan udara tidak sihat. Murid dibenarkan pulang selepas perhimpunan khas. Sekolah dibuka semula pada hari Rabu 07/10/2015.

Peperiksaan UPKK KAFA pada 5 dan 6 Oktober ditangguhkan sehingga maklumat terkini diterima.