Sunday 11 October 2015

Pertandingan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan 2015


Tahniah dan syabas kepada Muhammad Hafiz bin Iskandar yang mewakili negeri Kedah ke Pertandingan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan 2015 Kali Ke-31 yang diadakan pada 5 hingga 8 Oktober 2015 di Hotel Empress Sepang dan Pertandingan Akhir di Institut Bahasa Kuala Lumpur.

Hafiz telah berjaya mendapat tempat ke-4 daripada seramai 16 orang peserta. Walaupun tidak meraih johan, warga SK Malau tetap bangga dengan Hafiz kerana berjaya pergi ke peringkat kebangsaan. Tahniah Hafiz. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu Hafiz Puan Intan Shafira dan Cikgu Abd Razak Bosri, guru pengiring yang telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga untuk melatih dan memberi sokongan kepada Hafiz.


Hafiz berpidato di peringkat saringan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kebangsaan
di Hotel Empress Sepang

Hafiz di pentas Pertandingan Pidato Piala Peringkat Akhir
di Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Pak Non NYDP PIBG menyampaikan sumbangan PIBG dan mengucapkan selamat berjaya kepada Hafiz


T A H N I A H     H A F I Z

No comments:

Post a Comment