Wednesday 31 December 2014

Pendaftaran Murid Tahun 1 dan Prasekolah

Pendaftaran Murid Tahun Satu dan Taklimat Waris
#saranaibubapa
Tarikh: 31 Disember 2014 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SK Malau

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz fadzil, diikuti oleh taklimat guru besar dan taklimat SPBT oleh Puan Harlina Hawa, Kesihatan oleh Puan Faizah dan JQAF oleh Ustaz Mohd Rizal.



Selamat tahun baru 2015

Selamat Tahun Baru 2015
Bulatkan Azam Tekadkan Semangat Tingkatkan Usaha
Mudah-mudahan tahun ini Allah kurniakan yang terbaik buat kita
Aamiin..

Monday 22 December 2014

Thursday 18 December 2014

Wednesday 26 November 2014

Keputusan UPSR 2014 diumumkan

Alhamdulillah keputusan UPSR 2014 telah diumumkan pada 26 Nov 2014 (Rabu) jam 8.00 pagi oleh Guru Besar SK Malau. Tahniah dan syabas kepada warga SK Malau, anak-anak dan para waris atas kesungguhan dalam usaha mencapai target UPSR 2014.

Tahniah pelajar cemerlang 5A UPSR 2014  
Dari kiri Nor Imanina binti Abd Rahman, Nur Aryssa binti Roslan dan Ahmad Nasruddin bin Rahim.

Seramai 3 orang calon berjaya memperolehi kejayaan cemerlang 5A. Peratus lulus UPSR turun 2% daripada 70% (2013) kepada 68.1% (2014). GPS juga turun daripada 2.23 (2013) kepada 2.36 (2014). Mudah-mudahan pencapaian ini akan meningkat semula pada tahun akan datang. Terima kasih.




Tuesday 25 November 2014

Kelas Tambahan UPSR 2015

Alhamdulillah kelas tambahan calon UPSR 2015. Tahniah dan syabas kepada guru-guru dan bakal murid Tahun 6 2015.







Thursday 20 November 2014

Majlis Jasamu dikenang Puan Normiza dan Encik Azizan

Majlis Jasamu dikenang untuk meraikan Puan Normiza Ramli yang menerima kenaikan pangkat sebagai PK Kokurikulum SK Pulau Chapa dan Encik Azizan Romli, Pembantu Operasi SMK Pulau Nyior. Tahniah kepada keduanya. Semoga bertugas dengan lbih cemerlang di tempat baru.





Tuesday 18 November 2014

Majlis Graduasi Tahun 6

Hari Graduasi Tahun 6 SK Malau telah diadakan pada 18 Nov. 2014 (Selasa). Majlis bermula jam 11.30 pagi dengan disempurnakan oleh Puan Sarina Zainudin, Guru Besar SK Malau yang baru. Seramai 69 orang pelajar menerima sijil graduasi masing. Tahniah kepada anak-anak Tahun 6 yang telah berjaya menamatkan pengajian di sekolah rendah.