Saturday 18 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013 PERINGKAT SEKOLAH GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI 1AGENDA
















16 Mei 2013, Khamis. Perhimpunan Khas Sempena Hari Guru dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Seterusnya ucapan wakil murid, Muhamad Syazwan B. Mohd Razman, diikuti ucapan Guru Besar Tuan Haji Fadzalih B. Mahmud. Ikrar guru diketuai Encik Ahmad Jasdi B. Ismail.
                  Semua guru menyanyikan tiga buah lagu iaitu Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda, Guru Malaysia dan Terima Kasih Cikgu. 
                 Deklamasi sajak disampaikan oleh Nurlinasyazana Bt. Mohd Nidhzam. Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada semua guru dan kakitangan sekolah. Murid bersalaman dengan guru dan memberi cenderamata kepada guru. Pihak sekolah ada menyediakan cenderamata kepada semua murid.
                Pada pukul 1.30 tengah hari jamuan guru diadakan di Dewan Terbuka dan selesai pada pukul 2.30 petang. 


No comments:

Post a Comment