Tuesday 7 May 2013

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN MALAU

26 April 2013 Jumaat, Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Malau telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform di tapak perkhemahan. Perkhemahan tersebut telah dijalankan selama dua hari pada hari Jumaat dan Sabtu.

Pendaftaran murid bermula pada pukul 3.00petang, kehadiran seramai 168 orang. Yuran dikenakan RM5.00. Semua guru terlibat.

Perkhemahan ini telah mendapat kerjasama PIBG dan waris, kebanyakan membantu menyedikan tempat perkhemahan seperti mendirikan khemah, gadjet dan pintu gerbang.

Tapak perkhemahan telah disediakan seminggu sebelum aktiviti, dengan kerjasama murid, guru dan waris.

Aktiviti yang dijalankan ialah malam kebudayaan, pertandingan memasak, "jungle trekking", kawad kaki dan bantuan kecemasan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Malau, Tuan Haji Fadzalih B. Mahmud. 

Bersurai pada pukul 5.30 petang.


















No comments:

Post a Comment